
Walaupun tak dapat datang (sad T_T), diucapkan selamat menyambut ulangtahun pertama Nubhan FC kepada semua Nubies. Rasa happy tengok FC masih bergerak, masih bersatu dan masih ceria macam dulu. Teringat masa kali pertama kitorang penyokong-penyokong Nubhan kena berkumpul untuk bincang sesuatu berkaitan rancangan Astro, punya risau tak ada sapa akan datang. Aku duduk jauh, camana la nak datang. Tapi akhirnya alhamdulillah, 6 orang Nubies melapangkan diri datang berkumpul dan berjumpa Mr. Manager. Itu pun termasuk Ucu Manja dan kawan dia. The rest is history.
Aku pasti ramai yang dah jadi geng rapat lepas join FC. Ada sorang kawan pernah kata, Nubhan menyatukan kita semua. Which is very true. Melalui Nubhan, I've met some of the most wonderful people in the world. Thank you God :) Semoga persahabatan kitorang berkekalan.
Mesti best anniversary tadi, huhuhu... Untuk melepas hajat yang tak sampai, aku pinjam la gambar dr blog Vern iteww
ULANGTAHUN PERTAMA NUBHAN FC
DIVERSITY Got Talent
I always love seeing people dance, especially if it's dance group. The synchronization, the choreography and the energy blend with the music... it really gives me the 'uuuhh, bestnyer, hebatnyer' feelings. Therefore, when I read that this particular dance group, called Diversity, won Britain's Got Talent, I quickly went searching on YouTube (life now is really convenient with YT).
They started it with a 'Transformer', then 'Superboy' to the rescue and funny judging gimmick. Undoubtedly, they deserved to win. And I guess I know where the name 'Diversity' comes from.
I have nothing against Susan Boyle, though I don't really get all the hypes about her. She does have great voice (wish I can sing like that) and I do pity her for all the things happening to her recently. I thought the Brits are more receptive and open towards talented people, regardless of their age and look. Guess they're not. Dunno how many people have lost money because of the shocking result. Haha!! Well, it was the same for this year's American Idol.
For all Susan Boyle's fans, here's her performance on the final night.
Labels: Britain's Got Talent , Diversity , Susan Boyle
Nubhan rakam lagu bahasa Mandarin, cuba 'pikat' peminat Cina
Pagi ni, bila masuk blog Vern (the new one occay), ada citer terbaru tentang Nubhan. Terus ter'excited' bila baca Nub akan rekod satu lagu Cina gak. Hoho, bestnyer!! Aku memang suka dengar lagu-lagu Cina. Dan bahasa-bahasa lain juga, asalkan telinga aku boleh terima. Tak kisah la faham ke tak faham.
So I think it's really worth it to start my 2009 blog post with the article which is currently featured on mStar Online. You go Nubhan!! Show those people yang selama ni dengki pada you (and your manager) bahawa you got all the qualities that a true star needs and should have. Show them that you got staying power!
Most of all, stay true to yourself and we your fans will always love you ^^

BERBEZA sungguh melihat 'diri' Nubhan sekarang berbanding mula-mula dia muncul di persada seni tanahair sebaik memenangi tempat ketiga Akademi Fantasia musim keenam (AF6) tahun lalu.
Sikap pemalu jejaka berusia 23 tahun ini cukup ketara ketika itu. Malah, ada juga wartawan yang pernah merungut sukar untuk menemubual Nubhan yang ketika itu masih 'blur' lagi.
Namun, itu cerita lama. Dalam tempoh setahun, penyanyi yang popular dengan lagu Ada Untukmu dan Seadanya Aku ini berjaya melakukan 'tansformasi' yang hebat dalam dirinya.
Dia semakin petah berbicara dan bergurau. Penampilan atau imejnya juga sudah semakin 'matang'. Dan walaupun wajahnya nampak cukup penat gara-gara jadual yang padat, tetapi Nubhan sudah bijak 'menutup' kepenatan yang dialaminya secara profesional.
Malah, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini sentiasa mengukir senyuman tatkala penulis memuji betapa 'berbezanya' Nubhan yang dulu dan sekarang.
"Ye ke? Memang banyak perkara yang saya pelajari setakat ini. Saya bersyukur kerana mendapat bimbingan daripada pengurus, Vernon, yang memang banyak memberi semangat kepada saya untuk sampai ke tahap ini.
"Kalau dulu memang saya memang sangat pemalu dan selalu gementar terutamanya bila ingin buat persembahan. Tetapi rasanya sekarang ini saya sudah mampu atasinya perlahan-lahan.
"Apapun, saya masih terus berusaha perbaiki lagi kelemahan diri," ujar Nubhan, dalam nada cukup merendah diri.
Akui anak bongsu daripada lapan beradik ini, karier seninya juga semakin menunjukkan tanda-tanda positif, namun tutur Nubhan, bukan mudah untuk mempertahankan apa yang dimiliki ketika ini jika tidak disulam dengan usaha yang tinggi.
"Sejujurnya, memang susah untuk terus bertahan dalam industri ini jika kita tidak serius. Mungkin kerana saya memang benar-benar cintakan bidang ini, sebab itu saya curahkan sehabis baik dalam apa yang saya lakukan.
"Saya seronok sebenarnya bila melihat karier saya sudah mula berganjak ke satu tahap yang baru. Untuk saya berada di tahap ini memang bukan mudah. Saban hari, persaingan semakin banyak.
"Tetapi saya bersyukur, saya masih sibuk dengan aktiviti seni. Ini bermaksud orang masih ingin melihat saya berada di dalam industri ini," kata Nubhan.
Tutur jejaka ini lagi, pencapaian yang diraih hari ini juga mungkin tidak dapat diperolehinya tanpa sokongan padu peminat-peminat termasuklah Kelab Peminat Nubhan (Nubhan FC) yang kini sudah mencecah bilangan ahli sekitar 4000 orang.
Lebih menggembirakan Nubhan ialah keakrabannya yang terjalin dengan ahli-ahli kelab peminatnya itu yang sudah dianggap Nubhan sebagai sahabat.
"Macam-macam aktiviti sering mereka adakan. Jika berkesempatan, saya memang tidak akan lepaskan peluang untuk turut serta. Adakalanya, kami pergi menonton wayang bersama. Tetapi bila bersama mereka, saya tidak pernah tampilkan 'imej' artis di hadapan mereka. Memang seronok sangat kerana mereka juga sering memberikan nasihat yang baik pada saya," kelab peminatnya itu bakal meraikan ulangtahun pertama penubuhannya.

Album sulung dan lagu bahasa Mandarin
Bercerita tentang perkembangan dunia seninya, dalam nada ceria, Nubhan berkata, dia kini masih di dalam proses pembikinan album sulungnya yang berkonsepkan 'modern pop'.
Setakat ini, kata Nubhan, enam buah lagu telah disiapkan dan antara komposer yang terlibat di dalam album ini ialah Sharon Paul, Ajai dan Tam Spider.
Namun, menariknya, jejaka ini juga akan merakamkan sebuah lagu Mandarin untuk dimuatkan di dalam album tersebut yang mungkin akan dipasarkan selepas Hari Raya nanti.
"Dengan kebolehan saya bertutur di dalam bahasa Mandarin, saya rasa tidak salah jika saya gunakan 'kelebihan' itu pada cara yang betul.
"Bagi saya, ini satu langkah yang baik untuk saya perluaskan lagi karier saya dan saya sendiri memang sudah bersedia untuk masuk ke pasaran mereka (Cina)," kata Nubhan yang pernah belajar di sekolah cina selama lapan tahun.
Jadi budak setan!
Tatkala karier nyanyiannya semakin memuncak, Nubhan melangkah setapak lagi menerusi percaturan pertamanya di layar perak pula. Ujar penyanyi ini, meskipun tidak mempunyai pengalaman, dia sanggup mengambil cabaran tersebut kerana ingin melihat karier seninya tidak statik di takuk biasa saja.
Memegang watak sebagai Sapi di dalam filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, Nubhan akui, perasaan kekok memang tidak dapat disangkal dalam dirinya tatkala pertama kali berada di set penggambaran filem itu.
Meskipun memegang watak sampingan sebagai rakan kepada Budak Setan yang dilakonkan oleh Farid Kamil, kata Nubhan, dia memang cukup gementar apatah lagi gandingannya itu bukan calang-calang pelakon.
"Walaupun banyak kali juga kena buat semula, tetapi akhirnya saya buat juga yang terbaik. Lagipun bukan senang nak bawak watak budak yang betul-betul nakal. "Tetapi ini satu pengalaman baru yang cukup menyeronokkan sebenarnya. Apapun, lakonan memang memerlukan kesabarang yang tinggi," kata si jejaka tinggi lampai ini lagi.
Labels: Nubhan , Nubhan Di Media
Dear Nubhan ...
It has been a long time since I last updated my blog. I'm really so sorry to all, especially Nubies at Cayalahnubies. Guess I've been an errant AJK. But don't worry. Next year, those hardworking and deserving Nubies can be elected and appointed. So you're gonna get your very own responsible AJK, hehe.. To those who've been visiting my blog, THANK YOU!! Pardon for the post below, but yeah.. life is really full of shit and assholes.
Nubhan, tonite will be the nite where you will, for the first time, perform live on tv, after AF (I hope I'm correct). So, am NOT gonna let go of this chance to wish you the very best. Ganbareyyo!! Haha!! Though so sad I can't watch it, uhuhuhuhuhu.. still stuck here at my office. Damn this sux-to-the-max system. Sux, really sux.
Still your fan, and will always be (though your hairstyle really bugs me T_T). I know you can do it. Hopefully someone will be kind enuff to upload your performance to YouTube or wherever, as long as I can watch it later. Competitions are tough, but you deserve to be in the Top 12 (is it?) Kategori Balada. So please please please... don't let us Nubies down, and your ever gila kuasa Mr. Manager.
Labels: Juara Lagu , Muzik-Muzik , Nubhan






